Click here for Myspace Layouts

Rabu, 9 Mac 2011

Resume Memikat Gaya Majikan



Assalamualaikum dan Salam Hormat,

     Artikel kali ini yang akan membongkarkan bagaimana menghasilkan sebuah resume memikat gaya majikan. Menulis resume memanglah mudah tetapi untuk jadikan ianya memikat agak sukar jika anda tidak tahu caranya. Mencipta resume tanpa perancangan akan menghasilkan sebuah resume yang kucar-kacir jadinya. Oleh itu, anda perlukan bantuan dan sedikit tips bagaimana menjadikan resume anda benar-benar mantap. Mantap dalam perspektif ini adalah, bakal majikan anda seolah-olah dikunci oleh anda. Apa yang anda muatkan di dalam resume anda, bakal majikan tiada alasan untuk menolak resume anda. Inilah yang anda perlukan sebenarnya jika anda sedang mencari pekerjaan iaitu – resume memikat gaya majikan.

Apakah yang dimaksudkan memikat tu?

Baiklah, memikat yang saya maksudkan ini adalah keseluruhan isi kandungan resume anda memenuhi citarasa dan mesra majikan. Walaupun resume anda baru sahaja di semak sambil lalu, tetapi bakal majikan tidak sabar-sabar untuk memanggil anda ke temuduga. Ia seolah-olah jawatan yang anda mohon itu memang disediakan untuk anda. Resume anda pada pandangan majikan menggambarkan diri anda yang sebenar.

Cuba anda lihat, anda meletakkan pertaruhan diri anda ke dalam sehelai kertas…menulis segala informasi yang berkaitan diri anda seperti pencapaian dan tahap pengajian anda. Anda tambahkan lagi dengan elemen-elemen memikat di dalam resume anda. Jika bakal majikan melihat resume anda, kebarangkalian beliau menolak resume anda adalah rendah. Inilah sasaran anda sebenarnya, untuk meyakinkan bakal majikan buat pertama kalinya. Setelah anda berjaya meyakinkan bakal majikan, beliau akan tertarik dengan anda dan berminat untuk mengetahui anda dengan lebih lanjut. Disinilah akan timbulnya panggilan ke temuduga. Untuk ke temuduga, resume anda yang perlu ditonjolkan dahulu. Melalui resume bakal majikan akan dapat menilai siapakah anda. Oleh itu, penting sekali untuk anda memberi tumpuan untuk menghasilkan satu resume yang benar-benar mantap dan mesra majikan.

Resume anda akan berlainan dengan resume orang lain. Resume anda, andalah yang berhak untuk memenuhi kesemua ruang di dalamnya. Cara anda mempromosikan diri melalui resume itulah yang perlu anda fokuskan. Anda di ibaratkan sebagai seorang ajen yang ingin menjual produk anda kepada bakal pelanggan. Produk yang saya maksudkan disini adalah resume anda dan bakal pelanggan yang saya maksudkan ini merujuk kepada bakal majikan anda. Untuk memikat bakal pelanggan anda, cara promosikan produk tersangatlah penting. Hal ini dapat memastikan produk anda terjual. Walau sehebat mana sekalipun produk anda tetapi tiada usaha untuk promosikan produk anda, agak sukar untuk anda lakukan jualan walaupun satu produk.

Sebagai kesimpulan, resume yang hebat ditambah pula anda muatkan unsur memikat di dalamnya akan menaikkan rating untuk resume anda dipilih ke temuduga. Akan tetapi terdapat beberapa perkara yang perlu anda tahu rahsianya. Rahsia yang akan membuatkan bakal majikan terkunci dengan resume anda. Saya yakin anda mampu lakukan yang terbaik demi masa depan anda. Resume yang Hebat akan membantu anda mendapat pekerjaan yang HEBAT :)

Selasa, 8 Mac 2011

Mengapa ramai pelajar cemerlang GAGAL mengikuti sebarang kursus kerjaya selepas SPM?



Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Hari ini saya ingin berkongsikan dengan anda semua mengenai satu topik yang membuatkan adik-adik kita Lepasan SPM 2010 khususnya tertanya-tanya. Kenapa begitu ramai pelajar cemerlang GAGAL untuk mengikuti sebarang kursus kerjaya selepas SPM?

Begitulah persoalan yang mungkin sedang menjadi tanda tanya kepada adik-adik sekalian. Ok, di sini saya akan menyenaraikan 20 aspek mengapa kebanyakan bakal belia dan beliawanis lepasan SPM 2010 kita sering GAGAL.

1)    Ramai pelajar yang akur dan patuh dengan kehendak ibu bapa.
2)    Ramai pelajar salah pilih kursus yang tepat dan bersesuaian.
3)    Ramai pelajar yang tiada minat yang mendalam tentang sesuatu kursus.
4)    Ramai pelajar yang kurang pendedahan tentang kerjaya selepas SPM.
5)    Ramai pelajar gagal temuduga kerana tiada persiapan awal.
6)    Ramai pelajar belum pernah menghadiri bengkel atau tiada pengalaman dalam ceramah kerjaya selepas    SPM.
7)    Ramai pelajar tidak faham tentang pernyataan hasrat kerjaya selepas SPM.
8)    Ramai Pelajar dan guru serta ibu bapa tidak faham tentang meritokrasi.
9)    Banyak pihak pandang sambil lewa sewaktu memilih kursus.
10)    Kurang pendedahan tentang syarat kemasukan Universiti.
11)    Ramai pelajar bincang sesama mereka yang tidak tahu apa-apa.
12)    Guru-guru kerjaya masih tidak faham dan tidak cekap dalam menjelaskan aspek kerjaya selepas SPM.
13)    Ramai pelajar yang berpandukan syarat minima dalam pemilihan.
14)    Ramai pelajar yang pilih kursus tidak mengikut apa yang mereka minati.
15)    Semua perlu ingat!! Kalau gagal dapat tempat kerjaya atau kursus.Rugi 1 tahun.
16)    Ramai pelajar yang degil!! Tidak mahu mendengar pandangan orang lain.
17)    Ramai pelajar pilih “U” yang ternama dan hebat sahaja.
18)    Ramai pelajar tidak mahu pilih universiti yang jauh-jauh.
19)    Ramai pelajar yang dibimbing oleh kakak dan abang yang tidak tahu.
20)    Ramai pelajar lebih rendah ikut jejak pelajar lebih tinggi.


Itu adalah antara beberapa penyebab kegagalan anda dalam mengikuti sebarang kursus kerjaya selepas SPM. Insyallah jika perkara di atas dielak dan sentiasa bermuhasabah diri, anda terutamanya pelajar lepasan SPM akan berjaya!

Ingin mendapatkan Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM yang terkini?
Dapatkan rujukannya di www.LepasanSPM.com