Click here for Myspace Layouts

Isnin, 25 Januari 2010

CABARAN DI TAHUN 2010

Salam Pertemuan,
   Kepada semua pengunjung blog saya, mesti tertanya-tanya kenapa lama tak update blog. Hari ini baru ada kesempatan untuk bercerita lagi dlm blog ini. Sepanjang tahun 2010 bulan 1 ini banya perkara telah berlaku kepada saya, di samping aktiviti lain yang sangat memenatkan saya.
   Sepanjang akhir bulan Dec 2009-Jan 2010 adalah musim hujan dikawasan saya, dan pada musim ini jugalah banya anak2 ayam mati di samping masalah penyakit yang datang ketika hujan. Hampir setengah anak ayam yg berjaya ditetaskan berumur 2-3 bulan mati pada pertengahan bulan ini.
   Di samping risiko kematian anak ayam, saya juga sibuk membantu saudara saya untuk membina reban ayam pedaging yang mana telah saya katakan pada post terdahulu yg telah mendapat pinjaman dari agrobank. Walaupun dia telah memperlakukan saya sedemikian tapi saya tetap juga membantu dia menyiapkan reban nya tanpa diberi ganjaran upah. Tapi saya tidak kisah semua itu, kerana apa yang saya fikirkan iaitu Allah sentiasa menolong kita jika kita membantu org lain.
   Sekarang ini masih lagi dalam proses menyiapkan lantai reban. Reban tersebut berkeluasan 24 kaki x 121 kaki. Dijangka dapat memuatkan ayam 2800 ekor dan mula beroperasi pada bulan 4 kelak. Untuk pengetahuan semua  reban saudara saya tersebut terletak bersebelahan reban ayam saya dan hanya dipisahkan oleh sebuah sungai aka parit  sederhana besar. Keadaan tersebut disebabkan tanah saya hanya terletak sebelahan tanah saudara saya.
   Walaupun ada perasaan kecewa, cemas, dan PHD(hasad dengki) namun semuanya saya terpaksa buang jauh-jauh supaya perasaan itu tidak memakan diri saya kelak. Biarlah org buat kita begitu, tapi jangan pula kita yang buat begitu pd org lain.
  Sekarang saya masih lagi menunggu kelulusan pinjaman dari pihak Peladang/SEDC/Bantuan dari Jabatan Pertanian. Insyaallah pertengahan tahun 2010 kemungkinan akan dapat pinjaman tersebut. Jika difikirkan lambat memanglah bantuan tersebut lambat tapi risiko pembayaran tidak memeningkan kepala, sekitar RM200++ sahaja dan pinjaman yang diberi adalah berjumlah RM24k, tapi bukan dalam tunai tapi hanya diberi kelengkapan peralatan sahaja. Tidak seperti Pinjaman saudara saya ini, Pinjaman dari AgroBank,Cepat aje kelulusan, tak sampai 3 minggu dah dapat duit berjumlah RM30,000 dan bayaran bulanan RM500-RM600 sebulan. Tak pening kepala dibuatnya, jika satu pusingan ternak ayam 45 hr bermakna dlm satu bulan terpaksa bayar advance RM1200 sebulan. Huh...pening-pening... Jika tak pandai guna duit alamat buruk padahnya. Macam saudara saya ini...haduh.... bisa-bisa... lebih bisa dari segala bisa sengatan binatang... kita tengoklah dia nanti macam mana.....ye....
  Okeylah.. saya pun dah kepenatan, insyaallah jika ada kesempatan lagi di lain masa akan saya post gambar dan cerita lagi...