Rabu, 9 Mac 2011
Resume Memikat Gaya Majikan
Assalamualaikum dan Salam Hormat,
Artikel kali ini yang akan membongkarkan bagaimana menghasilkan sebuah resume memikat gaya majikan. Menulis resume memanglah mudah tetapi untuk jadikan ianya memikat agak sukar jika anda tidak tahu caranya. Mencipta resume tanpa perancangan akan menghasilkan sebuah resume yang kucar-kacir jadinya. Oleh itu, anda perlukan bantuan dan sedikit tips bagaimana menjadikan resume anda benar-benar mantap. Mantap dalam perspektif ini adalah, bakal majikan anda seolah-olah dikunci oleh anda. Apa yang anda muatkan di dalam resume anda, bakal majikan tiada alasan untuk menolak resume anda. Inilah yang anda perlukan sebenarnya jika anda sedang mencari pekerjaan iaitu – resume memikat gaya majikan.
Apakah yang dimaksudkan memikat tu?
Baiklah, memikat yang saya maksudkan ini adalah keseluruhan isi kandungan resume anda memenuhi citarasa dan mesra majikan. Walaupun resume anda baru sahaja di semak sambil lalu, tetapi bakal majikan tidak sabar-sabar untuk memanggil anda ke temuduga. Ia seolah-olah jawatan yang anda mohon itu memang disediakan untuk anda. Resume anda pada pandangan majikan menggambarkan diri anda yang sebenar.
Cuba anda lihat, anda meletakkan pertaruhan diri anda ke dalam sehelai kertas…menulis segala informasi yang berkaitan diri anda seperti pencapaian dan tahap pengajian anda. Anda tambahkan lagi dengan elemen-elemen memikat di dalam resume anda. Jika bakal majikan melihat resume anda, kebarangkalian beliau menolak resume anda adalah rendah. Inilah sasaran anda sebenarnya, untuk meyakinkan bakal majikan buat pertama kalinya. Setelah anda berjaya meyakinkan bakal majikan, beliau akan tertarik dengan anda dan berminat untuk mengetahui anda dengan lebih lanjut. Disinilah akan timbulnya panggilan ke temuduga. Untuk ke temuduga, resume anda yang perlu ditonjolkan dahulu. Melalui resume bakal majikan akan dapat menilai siapakah anda. Oleh itu, penting sekali untuk anda memberi tumpuan untuk menghasilkan satu resume yang benar-benar mantap dan mesra majikan.
Resume anda akan berlainan dengan resume orang lain. Resume anda, andalah yang berhak untuk memenuhi kesemua ruang di dalamnya. Cara anda mempromosikan diri melalui resume itulah yang perlu anda fokuskan. Anda di ibaratkan sebagai seorang ajen yang ingin menjual produk anda kepada bakal pelanggan. Produk yang saya maksudkan disini adalah resume anda dan bakal pelanggan yang saya maksudkan ini merujuk kepada bakal majikan anda. Untuk memikat bakal pelanggan anda, cara promosikan produk tersangatlah penting. Hal ini dapat memastikan produk anda terjual. Walau sehebat mana sekalipun produk anda tetapi tiada usaha untuk promosikan produk anda, agak sukar untuk anda lakukan jualan walaupun satu produk.
Sebagai kesimpulan, resume yang hebat ditambah pula anda muatkan unsur memikat di dalamnya akan menaikkan rating untuk resume anda dipilih ke temuduga. Akan tetapi terdapat beberapa perkara yang perlu anda tahu rahsianya. Rahsia yang akan membuatkan bakal majikan terkunci dengan resume anda. Saya yakin anda mampu lakukan yang terbaik demi masa depan anda. Resume yang Hebat akan membantu anda mendapat pekerjaan yang HEBAT :)
Selasa, 8 Mac 2011
Mengapa ramai pelajar cemerlang GAGAL mengikuti sebarang kursus kerjaya selepas SPM?
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Hari ini saya ingin berkongsikan dengan anda semua mengenai satu topik yang membuatkan adik-adik kita Lepasan SPM 2010 khususnya tertanya-tanya. Kenapa begitu ramai pelajar cemerlang GAGAL untuk mengikuti sebarang kursus kerjaya selepas SPM?
Begitulah persoalan yang mungkin sedang menjadi tanda tanya kepada adik-adik sekalian. Ok, di sini saya akan menyenaraikan 20 aspek mengapa kebanyakan bakal belia dan beliawanis lepasan SPM 2010 kita sering GAGAL.
1) Ramai pelajar yang akur dan patuh dengan kehendak ibu bapa.
2) Ramai pelajar salah pilih kursus yang tepat dan bersesuaian.
3) Ramai pelajar yang tiada minat yang mendalam tentang sesuatu kursus.
4) Ramai pelajar yang kurang pendedahan tentang kerjaya selepas SPM.
5) Ramai pelajar gagal temuduga kerana tiada persiapan awal.
6) Ramai pelajar belum pernah menghadiri bengkel atau tiada pengalaman dalam ceramah kerjaya selepas SPM.
7) Ramai pelajar tidak faham tentang pernyataan hasrat kerjaya selepas SPM.
8) Ramai Pelajar dan guru serta ibu bapa tidak faham tentang meritokrasi.
9) Banyak pihak pandang sambil lewa sewaktu memilih kursus.
10) Kurang pendedahan tentang syarat kemasukan Universiti.
11) Ramai pelajar bincang sesama mereka yang tidak tahu apa-apa.
12) Guru-guru kerjaya masih tidak faham dan tidak cekap dalam menjelaskan aspek kerjaya selepas SPM.
13) Ramai pelajar yang berpandukan syarat minima dalam pemilihan.
14) Ramai pelajar yang pilih kursus tidak mengikut apa yang mereka minati.
15) Semua perlu ingat!! Kalau gagal dapat tempat kerjaya atau kursus.Rugi 1 tahun.
16) Ramai pelajar yang degil!! Tidak mahu mendengar pandangan orang lain.
17) Ramai pelajar pilih “U” yang ternama dan hebat sahaja.
18) Ramai pelajar tidak mahu pilih universiti yang jauh-jauh.
19) Ramai pelajar yang dibimbing oleh kakak dan abang yang tidak tahu.
20) Ramai pelajar lebih rendah ikut jejak pelajar lebih tinggi.
Itu adalah antara beberapa penyebab kegagalan anda dalam mengikuti sebarang kursus kerjaya selepas SPM. Insyallah jika perkara di atas dielak dan sentiasa bermuhasabah diri, anda terutamanya pelajar lepasan SPM akan berjaya!
Ingin mendapatkan Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM yang terkini?
Dapatkan rujukannya di www.LepasanSPM.com
LAwak: Baju Cinta Nenek.
Baju Cinta Nenek.
Seorang nenek datang menziarahi rumah cucu perempuannya yang baru berkahwin pada petang jumaat. Setelah membunyikan loceng, si nenek terkejut kerana mendapati cucu perempuannya yang membuka pintu tanpa seurat benangpun dibadannya. Belum sempat si nenek bertanya, si cucu berkata, “saya sedang menunggu suami saya pulang dari berkerja!”. “tapi kau telanjang !!!???” marah si nenek . “ini BAJU CINTA saya” balas si cucu perempuannya “BAJU CINTA ??” si nenek kehairanan “ya, suami saya menyukainya, saya juga begitu senang MEMAKAInya.
Saya harap nenek dapat balik dulu sebelum suami saya pulang kerana tentu suami saya nanti akan berasa malu melihat saya memakai BAJU CINTA ini di hadapan nenek” pinta si cucu perempuannya.
Si nenek faham kehendak cucunya. Dalam fikirannya mungkin itu cara terbaru si isteri melayan sang suami di petang jumaat ini. Di dalam perjalanan pulang si nenek mendapat idea. fikirnya dengan mengikut cara cucu perempuannya, sudah tentu dia dapat mengeratkan hubungannya dengan si atok yang sudah berumur.
Sesampai di rumah, si nenek tadi menanggalkan semua pakaiannya, mandi,berbedak dan memakai minyak wangi sewangi wanginya. kemudian si nenek tadi pun menunggu si atok pulang. Berberapa ketika si atok tadi pulang, sebaik saja pintu di buka si atok mendapati si nenek berbogel kat depan pintu. “kenapa dengan kau nie … buang tebiat???” marah si atok tadi. “ini lah BAJU CINTA bang” kata si nenek tadi. “BAJU CINTA???……kalau iye pun, iron la dulu baju tu”......
[Sumber Cerita Lucu : http://www.izzafey.ws/ceritalucu]
Isnin, 7 Mac 2011
Rujukan Informasi Alaf Baru.
Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera,
Hari ini 7 mac 2011, satu tarikh yang ditunggu-tunggu oleh golongan remaja lepasan SPM kerana hari ini adalah hari pelancaran E-Book utk pelajar lepasan SPM 2010. Termasuk juga IbuBapa,Warga Guru dan Pendidik,Abg -Kakak dan rakan-rakan lepasan SPM sudah semestinya menunggu Informasi ini kerana ianya adalah sebuah E-book yang sungguh berguna lagi lengkap dan padat sebagai rujukan mereka Lepasan SPM mengenai halatuju mereka selepas SPM.
Mungkin ramai yang masih lagi dalam dilema dan masih lagi tercari-cari informasi berguna sebagai panduan mereka memilih bidang dan kerjaya selepas SPM. Mungkin ramai di antara mereka mengalami situasi sebegini:-
- Seringkali berasa keliru tentang masa depan pembelajaran selepas SPM 2010.
- Tidak tahu apakah aliran yang harus diambil.
- Jurusan dan kerjaya yang bakal di ceburi?.
- Adakah minat pada suatu jurusan bertepatan pada bidang akedemik.
- Tercari-cari panduan utk pengajian dan kerjaya Lepasan SPM yang terkini tetapi tidak menjumpainya.
- Sering dibayangi ganguan utk masuk dan memilih kerjaya yang sesuai.
- Dan pelbagai lagi masalah lain yang tidak dapat di nyatakan disini...
Antara Isi Kandungan Dan Modul-Modul Yang Terdapat Dalam Ebook Ini:-
1.Modul 1"Rujukan Informasi Kerjaya" Di Institut Pendidikan Guru.
2.Modul 2"Rujukan Informasi Kerjaya" Di IPT Awam(IPTA).
3.Modul 3"Rujukan Informasi Kerjaya" Di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).
4.Modul 4"Rujukan Informasi Kerjaya" Di Program Teknikal Dan Latihan.
5.Modul 5"Rujukan Informasi Kerjaya" Di Bidang Kursus Ketenteraan.
6.Modul 6"Rujukan Informasi Kerjaya" Di Program Angkasa Dan Penerbangan.
Jadi Lengkaplah Sebuah Ebook yang penuh Informasi Di samping Kelebihan tersendiri seperti:
-Ianya adalah sebuah ebook yang ditulis dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami untuk Lepasan SPM,Ibubapa,Guru-guru dan Kounselor.
-Menjimatkan masa tanpa perlu bersusah payah mencari dan tercari-cari maklumat sebegini.
-Panduan dan langkah-langkah memohon mudah di ikuti dan difahami.
Bagi Mereka Yang Memerlukan Panduan Dan Informasi Lengkap Ini.. Dapatkan Sekarang DISINI
“Destinasi Sebenar Anda Selepas SPM 2010”?
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Sebenarnya, hari ini saya ingin berkongsikan satu topik, iaitu.. “Destinasi Sebenar Anda Selepas SPM 2010”?
Ramai di antara rakan - rakan pelajar kita yang sebelum ini dah berjaya melanjutkan pelajaran ke dalam bidang yang diminati. Selain dari kelayakan serta keputusan cemerlang yang mereka terima, mereka juga cepat mengambil tahu tentang maklumat permohonan kerjaya.Mereka dahulupun sentiasa tertanya-tanya ke mana ye saya nak pergi selepas SPM ni?
Dan kebanyakan mereka yang berjaya juga sentiasa mengambil tahu peluang dan permohonan kerjaya melalui media massa, buku panduan kerjaya yang TERKINI, surat khabar dan seumpamanya pelajar yang berjaya ialah pelajar yang banyak bertanya tentang status kerjaya dari semasa ke semasa.
DESTINASI ANDA SELEPAS SPM 2010
Kebanyakan pelajar lepasan SPM masih tercari-cari hala tuju masing-masing. Sukar untuk membuat keputusan tepat yang bakal menentukan masa depan sendiri. Di sini apa kata anda baca sedikit mengenai pilihan kerjaya anda selepas SPM.
1. Universiti
Pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang bolehlah memilih universiti sebagai destinasi mereka selepas SPM. Jika anda ingin ke universiti, anda harus memohon UPU lepasan SPM/setaraf sebelum ditawarkan program diploma atau asasi di mana-mana IPTA di Malaysia.
2. Kolej Matrikulasi
Sekiranya anda gagal mendapat program asasi melalui UPU, janganlah bersedih. Anda masih boleh membuat program foundation atau pengajian asas di matrikulasi dalam bidang Sains Hayat, Sains Fizikal atau Perakaunan.
Sama saja dengan asasi. Selepas matrik, boleh apply UPU lagi untuk lepasan STPM/setaraf di mana anda akan memilih course untuk pengajian ijazah anda. Matrik ada yang programnya setahun dan ada yang dua tahun bergantung kepada keputusan SPM anda.
3. Luar Negara
Pelajar-pelajar yang mendapat biasiswa akan melanjutkan pelajaran di luar negara. UK, US, Australia, New Zealand, Indonesia, India, Japan, Korea, France, Egypt, Russia, Ireland dan Canada antara negara-negara yang menjadi pilihan pelajar-pelajar Malaysia.
4. Politeknik dan apa jua Program Teknikal dan Latihan.
Jangan berputus asa sekiranya anda gagal UPU dan matrik. Anda masih boleh melanjutkan pelajaran di politeknik-politeknik seluruh Malaysia. Bila dah dapat result SPM, mohon cepat-cepat sebelum tutup tarikh permohonan.
Di politeknik, anda boleh mohon sijil atau diploma. Dengar-dengar ada 3 politeknik yang bakal dinaik taraf menjadi universiti. Politeknik Ungku Omar (PUO) dan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) antara politeknik yang bagus dari segi akademiknya. Banyak juga program yang ditawarkan di ILP dan ILJTM, MLPK dan sebagainya.
5. Kolej-kolej
Kalau beli newspaper sekarang ni, banyak iklan-iklan kolej swasta. Tapi kena pandai pilihlah kolej mana yang bagus. Kalau nak sangat masuk kolej, saya rekemenkan anda masuk kolej-kolej yang ada nama sikit seperti Kolej Mahsa atau Masterskill. Nanti masuk kolej yang tak diiktiraf MQA (dahulunya LAN), susah nak dapat kerja.
Saya syorkan anda mohon medical courses seperti Farmasi, Teknologi Makmal Perubatan dan Sains Kesihatan sebab banyak peluang pekerjaan menanti anda diluar sana. Ada juga kolej yang menawarkan program diploma bersekutu dengan IPTA-IPTA di Malaysia. Contohnya di Kolej Shahputra ada ditawarkan program diploma UiTM. Anda juga boleh mohon Kolej Komuniti. Buatlah pilihan yang bijak.
6. Tingkatan 6
Ramai pelajar lepasan SPM menjadikan tingkatan 6 sebagai destinasi terakhir mereka selepas SPM. Kenapa tingkatan 6 kurang popular? Bila masuk tingkatan 6, rasa macam budak-budak sekolah lagi kan?
Kena pakai uniform sekolah, kena pergi ke sekolah, ada perhimpunan dan sebagainya. Tak macam di universiti, matrikulasi atau kolej yang ada sedikit kelonggaran.
Tapi sedar tak sedar, STPM juga berharga sebenarnya. Kalau mohon UPU untuk STPM/setaraf, pelajar-pelajar lepasan STPM diberi keutamaan dulu berbanding pelajar-pelajar lepasan diploma dan matrikulasi.
7. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)
Ramai yang tidak tahu kewujudan website SPA dan ada juga yang tak tahu langsung pasal SPA ini. SPA ni boleh anda mohon kerja-kerja tertentu seperti jururawat, juru x-ray, juruaudit, juruukur dan sebagainya.
Jika permohonan anda berjaya, anda akan ditemuduga. Lulus temuduga barulah anda akan ditawarkan melanjutkan pengajian di kolej-kolej kejururawatan. Untuk kerja selain jururawat, saya tak berapa pasti.
8. ALAM
Sesiapa yang berminat untuk melibatkan diri dengan dunia pekerjaan yang lebih mencabar, bolehlah mohon Akademi Laut Malaysia (ALAM).
9. Kursus Ketenteraan
Bagi sesiapa yang berminat dengan aktiviti lasak serta tahan dengan cabaran dan dugaan fizikal yang tinggi, bolehlah membuat permohonan ini. Terdapat banyak caranya dan anda boleh rujuk di laman web atau buku panduan kerjaya yang TERKINI yang berdekatan dengan anda.
10. Kursus Penerbangan
Mesti ramai yang berminat dengan kursus ini.Kursus ini merangkumi kerjaya seperti juruterbang, pramugara, pramugari dan ahli-ahli biasa di kawasan lapangan penerbangan. Kerjaya seperti juruterbang, pramugari dan pramugara ini lebih kepada di awangan biru manakala ahli biasa lebih kepada proses teknikal di kawasan lapangan penerbangan.
11. IPG
Bagi mereka yang berminat menceburi bidang perguruan bolehlah memohon kerjaya ini. Kerjaya ini sememangnya menjanjikan kepuasan kerana kita dapat berbakti kepada anak bangsa kelak. Walaupun agak mencabar serta bebanan tugas yang bakal ditempuhi, perkara ini umpama seperti alah bisa tegal biasa. Jadi bekerjalah dalam mendidik anak bangsa sehingga berjaya dan berguna untuk masyarakat dan negara kelak.
Akhir Kata
Dalam pada pelajar berusaha membuat perbandingan tentang kursus pengajian, ayuh amalkan juga solat istikharah serta sentiasa berdoa semoga Allah memberikan ilham untuk kita membuat keputusan terbaik yang diharapkan dapat membawa kebaikan kepada kehidupan kita di dunia ini dan juga di akhirat kelak.
Selain itu, tanamkan niat dalam diri untuk menjadikan kerjaya yang bakal dibina sebagai satu perjuangan dalam usaha memenuhi tuntutan fardu kifayah terhadap umat Islam. Umat Islam masa kini sememangnya memerlukan ramai pakar dalam segenap bidang untuk maju ke hadapan demi mencapai khaira ummah.
Insya-Allah, kita sebagai generasi belia Islam hari ini dapat memenuhi aspirasi ummah dengan mencipta kecemerlangan dalam bidang yang diceburi.
Konklusinya, berikut yang telah diterangkan adalah beberapa destinasi yang pelajar Lepasan SPM 2010 boleh pilih. Banyak lagi sebenarnya tetapi ini pun sudah mencukupi untuk merangkumkan segalanya. Saya doakan anda berjaya kelak!!
Ingin mendapatkan Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM yang terkini?
Dapatkan rujukannya di www.LepasanSPM.com
Sabtu, 5 Mac 2011
Apakah yang dikatakan Resume Memikat?
Assalamualaikum dan Salam Hormat
Boleh dikatakan semua orang mampu menulis resume dengan hanya melihat contoh-contoh resume yang ada di internet mahupun resume kenalan anda. Tetapi tahukah anda dengan hanya menulis resume sahaja tanpa melihat kepada strategi penghasilan resume yang menarik dan memikat, anda mungkin akan mengalami sedikit masalah. Masalah yang saya maksudkan ini adalah resume yang dihasilkan mungkin mendatar sahaja. Tiada elemen-elemen memikat.
Saya berikan satu contoh seperti “bernyanyi”. Saya percaya ramai di antara anda yang boleh bernyanyi dengan baik dan sedap didengar. Ini bermakna anda bernanyi dengan nod yang betul, ada yang tinggi dan ada yang rendah. Kepelbagaian nod dan intonasi dalam nyanyian mampu buatkan sesebuah lagu itu sedap didengar. Cuba anda nyanyi satu lagu tanpa mengikut liuk-lentok iramanya – dalam erti kata lain mendatar sahaja dan tiada seorang pun rela mendengar. Mungkin anda seorang sahaja yang sudi mendengar. Cuba anda lihat kartun Doraemon – Giant menyanyi penuh semangat tetapi semua orang tutup telinga…hehe
Baiklah, contoh ini saya kaitkan pula dengar penulisan resume anda. Penulisan resume tanpa perancangan akan menghasilkan satu resume yang mendatar. Maksud saya resume yang dihasilkan kurang menarik jika bakal majikan melihatnya nanti. Mungkin anda seorang sahaja yang tertarik kepada resume anda. Misi anda adalah mendapatkan pekerjaan pertama anda. Sebelum anda diterima bekerja di sesebuah organisasi tempat kerja anda perlu mempromosikan diri anda sehabis baik untuk pastikan bakal majikan berminat dengan anda. Segala yang hebat tentang diri anda seperti pencapaian anda memerlukan teknik penulisan yang betul untuk menarik perhatian bakal majikan.
Ramai diantara kita yang menulis resume hanya menulis mengikut perspektif diri sendiri. Tidak salah jika anda menulis sebegini tetapi misi anda adalah buatkan bakal majikan tertarik dengan diri anda untuk diterima bekerja. Jadi, lebih baik jika anda menulis resume yang memenuhi kemahuan pihak syarikat. Ini bermakna anda menulis satu resume yang ada sasaran. Ia berbeza jika anda terus sahaja menulis resume tanpa memikirkan aspek keperluan majikan. Penulisan resume sebegini hanya akan memberi kepuasan kepada diri anda sahaja bukan kepada bakal majikan. Jadi, agak susah untuk resume anda dipilih ke temuduga.
Anda perlu mengetahui tentang syarikat yang bakal anda mohon. Apabila anda mengetahui sedikit sebanyak tentang syarikat tersebut maka mudahlah bagi anda menulis resume mengikut keperluan syarikat itu sendiri. Walaupun anda cuba untuk memenuhi keperluan syarikat di dalam resume anda, pastikan jangan anda unsur-unsur penipuan. Anda perlu jujur dalam penulisan resume. Sebaik mana pun resume anda, tetapi jika terdapat unsur penipuan anda mungkin akan mengundang perspektif negatif bakal majikan. Lebih teruk lagi jika resume anda berjaya dipilih untuk ditemuduga nanti.
Kantoinya berkali-kali ganda.
Kesimpulannya, lakukan kajian tentang kemahuan syarikat anda mohon kerja terlebih dahulu kemudian penuhi kemahuannya melalui resume anda. Contohnya seperti menjawab ujian ‘Open book’ – Anda baca semua soalan terlebih dahulu kemudian baru cari jawapan di dalam buku. Anda dah tahu kemahuan setiap soalan, jadi tugas anda adalah mencari jawapan untuk soalan tersebut. Cara beginilah bagaimana resume anda mampu memikat bakal majikan anda.
Untuk mengetahui lebih lanjut, Sila Lawati www.resumekerja.com
Jumaat, 4 Mac 2011
TIPS KERJAYA SELEPAS SPM!.
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Di sini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai serba sedikit mengenai maklumat dan perancangan kerjaya selepas SPM. Tips dan maklumat berikut insyallah akan terus membantu anda dalam mengejar impian dan cita-cita yang diidam-idamkan selama ini.
Anda dapat mengikuti serba sedikit apa yang akan diterangkan seterusnya.
Jika tiada perancangan dari awal, kebanyakan dari anda masih mencari apa yang harus anda lakukan selepas tamat persekolahan peringkat menengah.
Sebahagian besar dari anda sudah merancang dari awal untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM dan seterusnya memohon kursus tertentu di institusi-institusi pengajian yang terpilih.
Peluang untuk belajar di negara ini tidak terhad.Anda bebas untuk memilih dan memasuki mana-mana institusi pengajian mengikut kelayakan serta minat anda.
Persediaan awal adalah penting untuk menjadikan anda sebagai calon terbaik dalam proses pemilihan kerjaya selepas SPM nanti.
Keputusan anda kelak akan menentukan masa depan anda pada masa hadapan.Jadi sebelum mengisi borang permohonan adalah penting untuk melihat latar belakang akademik,minat dan komitmen anda. Adalah lebih baik jika anda telah membuat satu pelan perancangan sebelum dan selepas membuat sesuatu keputusan.
Jika anda telah yakin untuk memilih satu kursus yang anda minati, anda haruslah berhenti untuk berfikir kembali. Kenapa tidak memilih itu dan ini? Kenapa tidak cuba kursus itu? Ini penting supaya setiap keputusan anda adalah jelas serta mempunyai alasan yang kukuh.
Namun begitu,komitmen dan motivasi haruslah diberi kepada setiap keputusan anda. Jika anda mempunyai idea yang jelas terhadap apa yang anda hendak capai, penyelidikan mengenai jalan serta cara-cara untuk mencapai kejayaan hendaklah dibuat.
Ibu bapa adalah pendorong utama kepada cita-cita anda namun begitu anda adalah penggerak utama kepada diri anda sendiri.
Pembiayaan pelajaran semasa di IPT atau mana-mana institusi pengajian kelak sangat penting kerana hampir kesemua tempat pengajian mengenakan bayaran yuran pengajian. Jika anda memilih untuk ke institusi swasta,bayaran yuran pengajian mungkin agak tinggi namun terdapat pelbagai kemudahan untuk mendapatkan pembiayaan. Pembiayaan sara hidup untuk tempat tinggal,makanan,buku dan kegiatan lain harus juga diambil kira.
Ini adalah sedikit sebanyak tips dan maklumat penting untuk anda semua khususnya pelajar Lepasan SPM. Insyallah dengan doa dan iringan motivasi daripada ibu bapa, guru-guru dan sedikit tips dan maklumat daripada saya, saya yakin anda semua akan berjaya!!
Ingin mendapatkan Rujukan Informasi Kerjaya Lepasan SPM yang terkini?
Dapatkan rujukannya di www.LepasanSPM.com
Rabu, 2 Mac 2011
Kisah Lawak-Santai Minda..
Lawak 1-Kisah Hotel 5 Stars
Sepasang suami isteri dalam perjalanan ke bandar dan kerana jaraknya yang jauh, mereka siggah untuk menginap di sebuah hotel sebelum meneruskan perjalanan keesokan paginya.
Akhirnya mereka bertemu dengan sebuah Hotel yang cukup bagus walaupun tidak berbintang dan bermalam. Keesokan paginya ketika akan keluar hotel, mereka dikenakan bayaran RM 200.00
Hah? Ini kadar hotel 5 bintang. Awak tak salah kira ke? tanya si suami terkejut.
Dia meminta dipanggilkan pengurus hotel dan membantah harga yang terlalu mahal. Setelah mendengar dengan penuh perhatian, pengurus berkata, Hotel ABCD ini dilengkapi dengan kolam renang taraf antarabangsa, ruang persidangan dan berbagai hiburan semuanya
bertaraf antarabangsa.
Tapi kami tidak langsung menggunakan kemudahan tersebut, kata si suami berkeras.
Salah Encik sendiri. kemudahan itu disediakan untuk dimanfaatkan, kata si pengurus tak mau kalah.
Setelah termenung sejenak si suami membuka dompetnya, mengeluarkan wang RM 50.00.. dan mengulurkannya kepada pengurus tersebut.
Ini baru RM 50.00? tanya pengurus.
Baki RM 150.00 lagi tu saya dah bayar iaitu saya relakan Encik tidur dengan isteri saya
Tapi saya tidak tidur dengan isteri Encik
Salah Encik sendiri. ianya sudah tersedia semalaman, kenapa tidak dimanfaatkan
Sepasang suami isteri dalam perjalanan ke bandar dan kerana jaraknya yang jauh, mereka siggah untuk menginap di sebuah hotel sebelum meneruskan perjalanan keesokan paginya.
Akhirnya mereka bertemu dengan sebuah Hotel yang cukup bagus walaupun tidak berbintang dan bermalam. Keesokan paginya ketika akan keluar hotel, mereka dikenakan bayaran RM 200.00
Hah? Ini kadar hotel 5 bintang. Awak tak salah kira ke? tanya si suami terkejut.
Dia meminta dipanggilkan pengurus hotel dan membantah harga yang terlalu mahal. Setelah mendengar dengan penuh perhatian, pengurus berkata, Hotel ABCD ini dilengkapi dengan kolam renang taraf antarabangsa, ruang persidangan dan berbagai hiburan semuanya
bertaraf antarabangsa.
Tapi kami tidak langsung menggunakan kemudahan tersebut, kata si suami berkeras.
Salah Encik sendiri. kemudahan itu disediakan untuk dimanfaatkan, kata si pengurus tak mau kalah.
Setelah termenung sejenak si suami membuka dompetnya, mengeluarkan wang RM 50.00.. dan mengulurkannya kepada pengurus tersebut.
Ini baru RM 50.00? tanya pengurus.
Baki RM 150.00 lagi tu saya dah bayar iaitu saya relakan Encik tidur dengan isteri saya
Tapi saya tidak tidur dengan isteri Encik
Salah Encik sendiri. ianya sudah tersedia semalaman, kenapa tidak dimanfaatkan
Selasa, 1 Mac 2011
Perkhidmatan Kereta Utk Dicatar.
Pemandu Dan Kereta Sevices(Catar Sahaja)
Khas utk rakan blogger sekalian. Jangan malu jangan segan utk mendapatkan perkhidmatan saya.
Kami Menyediakan Perkhidmatan Pemandu Dan Kereta Kepada Sesiapa Sahaja Yang Memerlukan Perkhidmatan Kami Dari Lapangan Terbang Kuching Ke Destinasi Anda.
- Adakah Anda Pengunjung Dari Semenanjung,Sabah Atau Pelancong Asing?.
- Perlukan Pemandu Beserta Sebuah Kereta Utk Ke destinasi Anda?.
- Perlukan Kereta Berserta Pemandu Budget Murah?.
Kini, kami ada penyelesaian utk anda sebagai pengunjung dari semenanjung,sabah dan mereka yang memerlukan perkhidmatan kami. Anda juga boleh catar kami sepanjang tempoh anda di kuching atau hanya perlukan khidmat kami utk menghantar anda ke destinasi penginapan anda sahaja.
Untuk Maklumat Lanjut: Kereta Catar
Langgan:
Catatan (Atom)