Click here for Myspace Layouts

Rabu, 31 Mac 2010

ANAK AYAM DAH MASUK.

Salam,
   Tak sampai 3 minggu dah sampai anak-anak ayam baru. Kali nie baka ayam dari QL Livestok Farming Pusingan ke-8. Termasuk kali nie, dah 4 kali saya dapat baka ayam dr QL nie. Hari nie dah hari ke-2 anak ayam nie. Nampak ok, tp tak tahulah 2 minggu lagi. Melalui pengalaman lepas maka nie ikut nasib, kalau dlm 2 minggu nie ok, insyaallah oklah ayam tu sampai ke hari penjualan. Kwn seperjuangan sy dpt benih ayam nie ok, tak banyak masalah.
   Saya masih lagi menternak 1000 ekor sahaja. Nak perbesarkan reban modal tak ada, Impian tinggal impian.. begitulah seadanya.. Hari nie sy pergi ke Pertubuhan peladang kws sadong jaya,setelah pegawai mereka telefon saya kelmarin. Ingatkan tak lama lagi dpt pinjaman tuu.. rupa-rupanya masih dlm proses.. Tp apa yg menyedihkan, pegawai tersebut mengatakan bahawa tiada lagi bantuan berupa geran, cuma ada pinjaman sahaja.. sebab sewaktu sy isi borang, pinjaman tersebut adalah berupa 50% bantuan dan 50% pinjaman. Tp sy terpaksa terima tawaran tersebut, kerana itu saja peluang sy yg ada. Walaupun bayaran RM445 sebulan utk tempoh 5 thn. Mudah mudahan urusan kali nie berjaya dan tak ambil masa yg lama.
   Utk pusingan kali nie saya terpaksa renovated sedikit ruang dlm reban dan bahagian hadapan reban utk kemudahan sy sendiri. Dan banyak juga terpaksa melakukan perubahan keatas cara penjagaan sy selama ini. Terutama dr segi pemberian baja dan lighting dlm reban. Jika tidak kemungkinan akan merosot purata berat utk pusingan ini. Jika boleh saya nak maintain pretasi pusingan ke-7 dgn purata 2.3kg. Banyak yg saya pelajari lagi dr rakan2 seperjuangan senior sy terutama semasa proses perindukan dan cara pemberian baja pd minggu ke 4-6.Mudah-mudahan pretasi seterusnya ini akan membuahkan hasil. Amin..
   Penternakan ayam open house nie banyak risiko terutama pada musim sekarang nie panas dan hujan tak menentu tak spt mereka yg menggunakan sistem close. Nak maintain purata bukan main susah. Tp apa boleh buat. Rezeki cuma setakat nak buat sistem open sahaja. Oklah..setakat nie sahaja update utk kali nie.. dibawah nie saya uploadkan gambar utk pusingan ke-8. Umur 2 hari.

Rabu, 24 Mac 2010

Rezeki Murah @ Rezeki Melimpah???.

Salam Pertemuan,     
        Bertemu kembali kepada pembaca blog saya, Lama dah tak update blog, macam-macam masalah yg terpaksa dihadapi awal tahun ini. laptop kena virus terpaksa hantar kedai utk reformat balik. terpaksa keluar pulus. Kemudian wayar telefon kena curi tak dapat nak surf internet. Ayam banyak mati dan tinggal suku aje lagi, tapi yg dpt bertahan cuma itik serati dan itik penelur tu pun tinggal beberapa kerat aje. Tapi dalam pada itu saya tetap bersabar dgn apa yg berlaku.
      Bercerita tentang tajuk diatas, adalah mengenai projek ayam pedaging yg saya jalankan setahun yg lalu, kini,alahamdullillah,telah menunjukkan pretasi yang memberansangkan, Pada pusingan yg ke-2 hinggalah ke 6, tidak banyak yg saya dapat cuma dpt utk bayar bil air dan letrik sahaja. Pada pusingan ke 7, saya telah mempelajari dgn lebih mendalam segala ilmu2 berkaitan dgn penternakan ayam pedaging, saya cuba gabungkan segala ilmu tersebut utk menjayakan keluaran ayam pd pusingan ke 7. Alhamdullilah, semuanya berjalan dgn lancar walaupun tidak semua berlaku seperti yg telah dirancang. Apabila tiba waktu jual ayam, saya mendapati purata timbang sangat memberansangkan walaupun tidak seperti penternak yg menggunakan sistem rumah tertutup. akhirnya dapat juga saya memperolehi pendapatan yg hampir mencecah RM1.00 seekor.Mudah-mudahan rezeki sebegini akan berterusan utk pusingan seterusnya. AMIN....

Disini Saya Sertakan Gambar utk Pusingan 7.