Click here for Myspace Layouts

Rabu, 24 Mac 2010

Rezeki Murah @ Rezeki Melimpah???.

Salam Pertemuan,     
        Bertemu kembali kepada pembaca blog saya, Lama dah tak update blog, macam-macam masalah yg terpaksa dihadapi awal tahun ini. laptop kena virus terpaksa hantar kedai utk reformat balik. terpaksa keluar pulus. Kemudian wayar telefon kena curi tak dapat nak surf internet. Ayam banyak mati dan tinggal suku aje lagi, tapi yg dpt bertahan cuma itik serati dan itik penelur tu pun tinggal beberapa kerat aje. Tapi dalam pada itu saya tetap bersabar dgn apa yg berlaku.
      Bercerita tentang tajuk diatas, adalah mengenai projek ayam pedaging yg saya jalankan setahun yg lalu, kini,alahamdullillah,telah menunjukkan pretasi yang memberansangkan, Pada pusingan yg ke-2 hinggalah ke 6, tidak banyak yg saya dapat cuma dpt utk bayar bil air dan letrik sahaja. Pada pusingan ke 7, saya telah mempelajari dgn lebih mendalam segala ilmu2 berkaitan dgn penternakan ayam pedaging, saya cuba gabungkan segala ilmu tersebut utk menjayakan keluaran ayam pd pusingan ke 7. Alhamdullilah, semuanya berjalan dgn lancar walaupun tidak semua berlaku seperti yg telah dirancang. Apabila tiba waktu jual ayam, saya mendapati purata timbang sangat memberansangkan walaupun tidak seperti penternak yg menggunakan sistem rumah tertutup. akhirnya dapat juga saya memperolehi pendapatan yg hampir mencecah RM1.00 seekor.Mudah-mudahan rezeki sebegini akan berterusan utk pusingan seterusnya. AMIN....

Disini Saya Sertakan Gambar utk Pusingan 7.



                                                                                                                                    

Tiada ulasan:

Catat Ulasan