Salam,
Setelah hampir 2 minggu ayam saya bela, prestasi menunjukkan amat memberansangkan, Walaupun kematian telah menghampiri 2% tapi pertumbuhan semakin hari semakin baik. Berbagai cara yang di pelajari sebelum ini telah dipraktikkan termasuk penjagaan semasa dlm brooder, dan pemberian baja sebagai makanan.
Pada 2 minggu lalu saya telah mencuba membuat sendiri ubatan herba utk minuman ayam yang telah saya search dlm blog impaxbokasi. Ubatan herba itu diberi nama OHN(Oriental Herbal Nutrien). Ubat ini telah saya beri pada ayam saya 3 hari lepas. Namun begitu saya masih juga menggunakan vaksin dan multi-vitamin sebagai pengawal @ pencegah penyakit yang membahayakan ayam.
Daripada apa yang saya dapati dari pemerhatian kepada anak ayam saya, banyak perubahan ketara dan peningkatan pertumbuhan anak ayam tersebut. Walaupun sekarang masih awal utk saya menilai namun saya yakin pembesaran pada akhir nanti memberansangkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan