Click here for Myspace Layouts

Isnin, 26 April 2010

Update Ayam Hari ke 28.

Salam,
   Bertemu kembali kepada pengunjung blog saya, harapan semua kita sihat wallafiat dlm menjalani kehidupan yg penuh dgn cabaran dan dugaan. Hari ini adalah minggu ke 4 umur ayam  iaitu bersamaan 28 hari. Prestasi agak membimbangkan jugak kerana tak mencapai sasaran purata pd umur ketika ini. Walaupun penggunaan baja agak terkawal tp berat ayam masih tetap membimbangkan.
   Ayam kali nie banyak  pertumbuhan yg tidak sekata disamping terdapat ayam2 yg kecil dan cacat. Berbagai cara telah dilakukan tp masih tetap berlaku masalah tersebut. Mungkin baka yg tidak berapa baik yg dihantar oleh pembekal benih. Kematian ayam kali nie pula setakat hari nie telah mencapai 3% dan kemungkinan akan mencapai 5% pada waktu matang nanti. Setakat nie saja utk kali nie dan akan saya update lagi bila ayam umur pada minggu ke 6.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan