Click here for Myspace Layouts

Isnin, 21 Disember 2009

BUDIKU TIDAK MU KENANG...

Salam,
       Setelah sekian lama menghilang kini baru kembali lagi. Bukan apa, sibuk dengan kerja seharian mengurus ayam2 dan itik. Setelah begitu lama, timbul rasa ingin nak update blog ditambah pula dengan cerita tentang tajuk di atas. Bukan nak buat sesiapa terasa tetapi ingin memgingatkan diri sendiri dan mungkin pernah terjadi kepada anda juga. Orang tua2 pernah berkata, berkawan biar seribu bercinta hanya satu dan juga kawan utk ketawa ramai, bila nak cari kawan utk menangis payah sekali, pendek kata kawan,bila kita senang ramai yg datang,tapi bila time susah batang hidung tak nampak.
       Nie berlaku sendiri pada saya, ingatkan nak tolong anjing tersepit tapi kita pula yang digigit. Ingatkan dah tolong dia, bila time kita susah harapkan dia tolong kita jugak, bukan nak minta jasa kita dibalas tapi sekurang-kurangnya dapat juga kita nak minta pertolongan dari dia.
      Memang dah dasar orang yang tak mengenang budi, belum lagi berjaya dan kaya, entah apa lagi yang akan dilakukannya. Sebelum ini memang saya yang memberi dan membuka jalan utk dia berjaya, segala apa yang dia tidak tahu semuanya saya tunjukkan jalan bahkan ada saya sendiri yang membuatnya tanpa meminta sedikitpun upah penat lelah. Tapi bila dah dapat sesuatu dan berjaya apa yang diidamkan saya seperti anjing kurap yang tidak lagi berguna kepada dia bah kan nak minta bantuan sedikit tidak diendahkan.
    Bukannya saya minta tolong begitu sahaja, bahkan akan membayar nya sekali. Jika bukan kerana saya masakan mungkin dia berjaya mendapatkan nya. Sepatutnya bagi kita akan mengutamakan mereka yang telah bersusah payah menolong kita, tapi dia nie tidak, lebih utamakan diri sendiri dan menolong mereka yang  sengaja mencari penyakit.
    Mungkin bagi anda, saya adalah seorang yang menolong utk di balas, tapi sebenarnya tidak, bahkan saya hanya meminta tolong 15% daripada apa yang telah saya berikan pada nya. Bukan besar mana pun, jika saya jangankan 15% bahkan 50% pun saya akan bantu dia.
    Mungkin ada yang paham dan tidak dengan post saya kali ini,tapi biarlah saya sendiri yang memahaminya 100%, Mudah-mudahan Allah menunjukkan jalan utk permudahkan urusan hambanya ini. Amin...

   Jadi pesanan saya, biar berkawan yang dapat kita sama-sama ketawa dan menangis. Jangan biarkan kita menjadi batu loncatan utk mereka berjaya dan selepas itu kita pula yang di pijak kepala...
Sama-sama kita renungkan...Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan