Click here for Myspace Layouts

Isnin, 14 Disember 2009

PINJAMAN BANK,APAKAH SATU BEBANAN???.

Salam,
      Dalam post kali ini saya nak berkongsi sedikit tentang pinjaman bank yang rata-rata rakyat malaysia umumnya sudah tahu kegunaan dan tujuan kita meminjam samada pinjaman peribadi ataupun utk memulakan /membesarkan perniagaan. Utk mereka yang ingin meminjam dengan bank kini tidak perlu penjamin utk mendapatkan pinjaman(tertakluk terma dan syarat) dan sesiapa sahaja yang ingin mengembangkan perniagaan adalah digalakkan utk membuat pinjaman. Tapi adakah kita benar2 perlukan pinjaman bank utk perniagaan atau sebaliknya. tidakkah pinjaman itu satu bebanan kelak?.
       Ini adalah satu kisah hidup reality dan bukan fantasi. Kisah yg terjadi di hadapan saya sendiri samada saudara,teman atau diri sendiri. Bekerja semata-mata membuat pinjaman, tapi bila dah dpt pinjaman ,dah habis duit buat itu ini,beli apa yang tak sepatutnya bila dah time bayar terkial-kial. Ada juga mereka baru bekerja dah mohon pinjaman bank/koperasi, dah habis duit, sibuk nak berhenti kerja..bukankah itu satu bebanan. Siapa yang tanggung..diri sendiri jugak yang susah. Kalau ibu-bapa tahu mereka juga turut bersusah hati.
       Ceritanya begini... hari ini sepupu saya telah menerima panggilan telepon dari pegawai bank mengatakan bahawa pinjaman dia telah diluluskan. Apabila diberitahu kepada ibubapa dia, mulalah ibunya susah hati kerana takut dia tidak dapat membayar pinjaman itu kelak. Utk pengetahuan pinjaman itu adalah utk membuat reban ayam pedaging. Begitulah org tua bila mendengarkan berita itu, bukan suatu berita gembira malahan berita yang akan membawa malapetaka kepada keluaga mereka. Ibu sepupu saya seolah telah serik dgn anaknya yg keempat, bekerja sebagai anggota tentera, telah meminjam koperasi utk membuat rumah kediaman,tak sampai 3 tahun bekerja dah mula lari tidak mahu bekerja.
       Jadi nak dijadikan cerita, ibu sepupu saya itu telah saya yakinkan bahawa anaknya tadi meminjam utk mengubah kehidupan mereka sekeluaga dan bukannya membuat mala bencana. Tapi ibunya tidak berapa yakin dengan anaknya itu walaupun sebelum ini telah melihat kemampuan dia utk menyara kehidupan mereka.
       Apa yang ingin saya sampaikan disini ialah apakah mentaliti org tua kita hanya menganggap pinjaman bank itu hanya satu bebanan sahaja???. Dan apakah daya kemampuan kita utk memulakan/mengembangkan perniagaan tanpa ada pinjaman dari bank..
       Oleh itu saya telah membuat kesimpulan bahawa ibu bapa kita:-
1. tidak mahu anak2 mereka dibebani hutang bank
2. cuai dan menyalahgunakan pinjaman bank.
3. tidak yakin dengan kemampuan anak2 mereka.

      Sebenarnya saya sendiri tidak berapa setuju dengan pemikiran org tua-tua terutama di kampung saya kerana  pemikiran yang sangat sempit dan tidak memberi ruang kepada bakal2 usahawan baru utk mengembangkan bakat mereka dalam satu2 industri. Hanya memikirkan tentang perkara2 negatif dan tidak memberi ruang kepada mereka membuktikan kebolehan dan kesungguhan mereka di dalam usaha mereka utk mereka mencipta kejayaan. Sebagai ibubapa, kita sepatutnya memberi galakan dan dorongan kepada anak dan bukannya menutup jalan yang telah terbuka luas. Sesungguhnya kejayaan itu adalah berkat doa dari kedua ibu bapa. Jadi kenapa tidak mendoakan sahaja agar anak kita supaya berjaya dalam bidang yang telah diceburi mereka. Bab kegagalan @ rugi dlm perniagaan adalah sudah menjadi lumrah. Paling Asas adalah USAHA+DOA=KEJAYAAN.

    Jadi kepada sesiapa yang ingin memajukan perniagaan, peluang pinjaman begitu banyak, Tapi sebaiknya setkan dahulu motif dan perancangan sebelum meminjam supaya kita tidak di bebani hutang bank. Bak kata karam singh walia -yang dikendong tak dapat,yang dikejar berciciran. Bisnes entah kemana, duit entah kemana. hutang pula mengejar kita.Nabil selalu berkata-LU PIKIRLAH SENDIRI...Assalamualaikum...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan