Click here for Myspace Layouts

Rabu, 9 Disember 2009

PROJEK PENTERNAKAN AYAM PEDAGING

Salam,
       Selain dr ternakan ayam kg,kacukan dan itik, Ghina's Agro Farm juga menjalankan projek ternakan ayam pedaging skala kecil. Projek tersebut dimulakan pada Disember 2008 dan dilakukan secara kontrak farming dengan SEDC dan anak syarikatnya Taskwin marketing/Comerich. Mereka telah memberi pinjaman hutang utk anak ayam dan baja. Bermula dr perjanjian percubaan menternak 300 ekor, kini saya telah membela 1000 ekor di dlm reban terbuka. Pada masa ini saya telah berjaya melakukan 5 pusingan menternak ayam ini dan pada masa ini adalah pusingan ke-6. Insyaallah, jika rezeki mengizinkan pada tahun baru 2010, kemungkinan saya akan menternak dlm skala yg besar sedikit. Itupun jika pinjaman dr SEDC,Jabatan Pertanian,Pertubuhan Peladang dan Agro Bank diLULUSkan. Harap-harap diluluskan....AMIN.


Reban Projek ternakan ayam pedaging



Kawasan Dalam Reban



Anak Ayam Berumur 12 hari



Kebanyakan Anak Ayam Berehat Kekenyangan





Anak Ayam Baka Dari QL Farming


Tiada ulasan:

Catat Ulasan