Click here for Myspace Layouts

Selasa, 8 Disember 2009

SEJARAH GHINA'S AGRO FARM

Penternakan Ayam Dan Itik.

Salam,
        Nie nak cerita sedikit tentang penternakan ayam di Ghina's Agro Farm. Aktiviti penternakan ayam kampung dan itik serati telah lama di usahakan tapi tidak dilakukan dgn begitu serius.Kebanyakan Induk, Anak dan telur ayam dan itik serati hanya dipelihara utk kegunaan sekeluarga dan juga jika ada jiran nak beli sy juallah juga. Reban pun ala kadar dan hanya di ternak di belakang rumah. Boleh dikatakan  3 tahun sudah berkecimpung dlm menternak ayam dan itik.
       Namun begitu sy belum lagi membuka mata utk mengusahakan secara serius dan hanya suka-suka. Alhamdullilah, pd August 2009 sy telah menjumpai sebuah blog penuh dgn maklumat mengenai penternakan ayam kg. Dimana beliau tidak kedekut utk berkongsi maklumat mengenai penternakan ayam. Kebanyakan maklumat yg diperolehi adalah dr blog beliau dan blog rangkaian beliau. Segala apa yang dipaparkan oleh beliau telah dipraktikkan oleh sy terutama dlm memaksimakan ternakan mengunakan inkubator. Di dalam post saya kali ini saya ingin mengucapkan bebanyak terima kasih kepada saudara saiful dan blog beliau CITYPULL BACKYARD POULTRY. Tanpa menemui blog yg mempunyai banyak info sy mungkin belum lagi membuka mata utk menkomersialkan bidang penternakan ayam ini.
     Melalui blog tersebut juga sy cuba2 membuat sendiri inkubator tanpa mengeluarkan modal yg banyak,dan inkubator sy juga menggunakan termostats yg di pakai dlm oven tp dimodified sedikit kerana waktu tu tak tahu mana nak carik termostats diaorang pakai. Sehingga kini masih lagi digunakan dan banyak juga telur yg dah berjaya ditetaskan.Sebelum membuat inkubator tu, ada juga teringin nak beli dari saudara sepull tp oleh kerana RM tidak mengizinkan saya lupakan dulu sehinggalah saya terfikir nak cuba buat sendiri. Alhamdulillah akhirnya saya berjaya membuat mesin inkubator tersebut tanpa mempunyai alat2 yg khas diperlukan utk membuat sebiji inkubator. Walaupun tahu inkubator yg direka oleh saya mungkin tidak berhasil tp saya tetap nak cuba buat juga dengan hanya berpandukan gambar2 inkubator yg di postkan dlm blog mereka. Sekarang nie saya mempunyai 2 buah inkubator rekaan sy sendiri dan hasilnya pun memberansangkan.
       Dan sekarang nie sy masih lagi dlm usaha menambah biakkan ternakan sy tanpa membeli induk dan hanya cuba menetaskan telur2 dari induk2 yg sedia ada. Jika dahulu hanya beberapa ekor sahaja bilangan induk ayam dan itik tetapi sekarang jumlahnya mencecah 70 ekor kesemuanya. Insyaallah dlm beberapa bulan dari sekarang akan bertambah lagi induk2 direban saya.
      Pada masa dahulu, saya hanya membela ayam kg sepasang dan itik serati 5 ekor,1jantan dan 4 betina. dan sekarang bilangan bertambah menjadi banyak di tambah pula dgn adanya inkubator tersebut. Beberapa bulan yang lalu saya juga telah menambah ayam dengan membeli anak ayam kacukan 10 ekor, dan hanya tinggal 2 ekor betina saja. 8 ekor dah disembelih dan ada juga dijual pd jiran2. Dan 2 bulan lepas sy juga membeli anak itik penelur 4 ekor,1 jantan dan 3 ekor betina utk dibiak baka. Kebanyakan telur ayam kacukan berjaya di eramkan dgn inkubator, betina kacukan + jantan kampung. Banyak yg menjadi anak ayam kacukan tersebut kira2 30 ekor anak. Sekarang nie tunggu itik penelur lagi yang ingin di biakkan.
     Saya rasa dah banyak juga cerita saya tentang ayam di Ghina's agro farm ini utk kali ini,Harapan sy tahun 2010 nanti kerjaya ini memberi harapan baru pd saya dan keluarga. Semoga ternakan saya membiak dgn lebih baik dan memberansangkan. Terima kasih sekali lagi kepada mereka yg banyak memberi maklumat kpd saya samada secara langsung atau tidak langsung.


                                                                                                                                                                                                                                                                                       


Ini adalah inkubator pertama saya.


inkubator ke-2
tgh progress eram telur ayam kg,ayam kacukan dan itik serati


Hasil Pertama Pengeluaran dr inkubator ayam kacukan dan kampung



Hasil Ke-2 dari Inkubator


Hasil Ke-3 inkubator


Itik Serati, itik penelur dan ayam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan