Terlalu lama dah tak update blog. Jangan nak kata update, jengok pun jarang. Terlalu banyak cerita dan bahan yang ingin dikongsi di sini. Tp tak dapatlah nak cerita semua hari ini.. mungkin saya akan ceritakan pada anda selama 1 minggu bermula hari ini.Jadiharapan saya kepada semua reader blog ini harap masih lagi sudi menjengok blog ini.
Pada hari ini saya nak kongsikan tentang kemana menghilangnya saya dan mengapa saya tak update blog saya. Saya sebenarnya terlalu moody sejak kebelakang ini. Disamping masalah yg telah menimpa penternak contract farming srwk under SEDC. Terlalu banyak masalah yg melanda sehingga tak dpt sy terangkan semuanya pd hari nie. Saya hanya dapat terangkan sedikit sahaja dan kemungkinan terlalu umum.
Sejak kebelakang ini, semua penternak Under SEDC srwk banyak menghadapi pelbagai rintangan dan sering menhadapi masalah kekurangan penghantaran bekalan baja. Ini kerana kebanyakkan sub tender tidak mahu membuat penghantaran baja kepada penternak. Disamping mereka(Taskwin) tidak membayar payment kepada sub tender(lori) mereka(taskwin) juga menhadapi krisis kewangan yg teruk sehingga tidak mampu membayar kepada penggilang baja.
Telah berlaku perkara yg tidak terfikir dek akal, rakan penternak yg lain sedang dlm proses menternak (ada ayam dlm reban) telah memberi segala macam jenis makanan kpd ayam mereka.Ada yg memberi mkn ayam habuk padi,jagung, dan paling sedih sekali beri makan daun dan batang pisang. Jika sedikit jumlah ayam tak apalah jugak, tp jika dan 2k keatas memang menjadi masalah. Ini semua kerana tak dpt bekalan baja dr Mereka(taskwin). Masalah 1.
Masalah 2.Proses mengambil balik ayam dah mtg (umur 40-45 hari) pula menjadi masalah kritikal. Ada sahaja alasan yg diberikan di tambah masalah baja tadi. Ayam nie bukan tahan pun nyawa sakit sikit mati. Makin lama simpan bermakna makin banyak risiko kematian yg perlu ditanggung penternak.
Apa yg sy lakukan sekarang hanya berserah kpd takdir. Kemungkinan sy tidak lagi menternak ayam sehingga keadaan stabil. Ini Bermakna sy perlu melakukan sesuatu supaya anak isteri sy makan. Tidak ada lagi istilah Bela ayam. Sekarang masih lagi mencari idea...apa nak di buat.
Saya telah pun mengambil inisiatif supaya tak kerja bwh org (makan gaji) 2 bulan yang lalu dengan membuka Gerai menjual kentang Spring dan ice blended di depan rumah utk sambung
sambungan esok.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan