Salam,
Hari ini saya telah membuat pembaharuan pada blog saya supaya lebih meriah dan saya juga berharap pengunjung juga berasa kemeriahan tersebut. Banyak yang perlu saya lakukan supaya blog saya mendapat lebih ramai pengujung kerana selama ini saya tidak berapa kisah sangat tentang blog saya.
Namun setelah lebih seminggu saya bertanya kpd Pak Google baru saya tahu tentang kelebihan yang saya perolehi dari blog ini.Itu akan saya jelas dan terang kemudian. Apa yang saya nak katakan hari ini adalah sambungan pada post semalam.
Masalah..masalah..masalah..itu lah sahaja yang mampu saya katakan. tiada perkataan lain lagi boleh saya ungkapkan lagi selain dari itu. Setelah lebih 2 bulan keadaan masih lagi kosong tanpa ayam. Biasanya tidaklah begitu lama,paling lama pun hanya 1 bulan sahaja. Tapi mengikut tarikh yang telah di beri, saya telah terima anak ayam pada 10hb 3 hari lepas. Tapi bila saya telefon bertanyakan kpd mereka, mereka memberi alasan tiada lori, masalah baja dan sebagainya. Saya hanya terdiam dan otak ligat memikirkan apakah nasib saya pada masa akan datang.
Setelah berfikir lama saya pun bertekad utk menhentikan segala penternakan ayam dan kemungkinan seminggu ini saya nak cari kerja supaya dapat mengelak masalah lain yang akan timbul. Namun begitu saya juga telah bertekad supaya dapat menjadi internet yang berjaya seperti khairi irfan,suthan M,Jamaluddin Bahari,Tengku Faris dan mereka yang seangkatan dengannya. Saya banyak membaca mengenai kejayaan mereka dalam bidang internet marketer ni. Saya juga telah membeli beberapa buku-buka (ebook) mereka supaya dapat memantapkan lagi pengetahuan saya dalam bidang IM ni.
Mungkin ada dikalangan pembaca setia blog ini hairan dan pelik mengapa saya hendak bertukar bidang. Dari penternakan kepada Internet Marketer. Apa yang dapat saya katakan hanya berserah kepada Allah SWT. Dia yang Berkuasa dan menentukan segalanya. Saya hanya merancang..mungkin rancangan saya utk menjadi seorang penternak yang berjaya berakhir setakat ini. Saya juga berharap supaya pembaca,pengunjung dan rakan-rakan penternak lain berdoa supaya apa yang saya rancangkan kali ini berjaya.
Kepada rakan penternak lain saya doakan kejayaan anda dlm bidang masing-masing. Tapi tidak bererti saya akan tinggalkan blog ini selama2nya. saya akan berusaha dengan lebih keras lagi supaya lebih ramai pengujung yang akan add saya kali ini. Di samping bidang penternakan saya juga akan akan membincangkan hal-hal lain yang berkaita dgn dunia IM. Apa yg dpt rakan-rakan penternak lain boleh buat dr blog utk menjana pendapatan lebih di samping pendapatan dari hasil jualan ayam. Mungkin blog ini tidak sesuai bagi rakan penternak nanti,Namun harapan saya janganlah rakan penternak manjauhkan diri dari saya(tidak lawat blog saya). Saya cuba sedaya upaya utk memberi idea dan pendapat supaya kita tidak mengharap kepada pendapat dari satu sumber sahaja. Jika rakan-rakan penternak selalu explore pak google mungkin pernah terjumpa dgn blog dan laman web membincangkan mengenai cara buat duit dgn internet. Seboleh-bolehnya saya ingin membantu diri saya dan rakan penternak yang lain yang mempunyai masalah yang sama seperti saya. Bak kata orang putih Sharing Is Caring.
Sekiranya rakan,pembaca dan pengunjung sedang membaca blog ini, saya harap anda beri ulasan mengenai blog atau post atau sebagainya supaya saya dapat memperbaiki kesalahan dlm penulisan ataupun cara saya berblogging. Tinggalkan komen anda pada shout Box atau diakhir post ini.
akhir kata dari saya pada malam ini, Selamat Hari Kekasih ada pembaca blog dan Selamat Maju Jaya.
Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan