Click here for Myspace Layouts

Khamis, 17 Februari 2011

Applikasi Facebook Menjana Pendapatan

Salam Hormat,
   Hisss...macam mana nak tulis pembuka kata nie...tak ada idea langsung..maklumlah bukan penulis skrip dan novel saya nie..tak ada skill langsung nak tulis..kalau bela ayam tu tahulah juga..Kalau tulis surat cinta masa sekolah dulu-dulu..punya lah jiwang2..habis semua pantun,puisi,gurindam siap ada tepung gandum tepung powder wangi lagi..hehe.. teringat plak masa sekolah..
   Pembukaan dah ada..isi lagi..macam mana plak..okeylah..berkenaan dengan tajuk kat atas nun..Applikasi Facebook..tentu ramai yang tahu apa dia tu..ala..org yg ada facebook tentu tahu kan..kan..betul..betul..betul..
Aplikasi Facebook nie segala macam bentuk yang terdapat dalam facebooklah.. contoh..Fanpage..facebook shop,kuiz segala macam kuiz,gift bermacam-macam give dan sebagainya. Terdapat banyak Applikasi yang telah dibangunkan di dlm Facebook dan sekarang menjadi kegilaan org kita pulak dah. Termasuklah saya sekali tu..
  Jika dilihat pada umumnya Applikasi nie macam biasa-biasa saja dan tidak memberi apa-apa menafaat langsung. Bagi sesiapa yang suka bermain applikasi Games seperti Farmville,Cityville, World at War,Taxes Poker, sebenar nya anda telah menjana pendapatan buat mereka yang membangunkan Applikasi tersebut.
Kebanyakkan pembanggun games ini adalah mat salleh, manakala org kita hanya sebilangan kecil sahaja.
Org-org kita kebanyakkan membangunkan aplikasi yang ringkas sahaja seperti kuiz trivia,Kuiz personaliti, Gift Virtual dan sebagainya.
  Oleh kerana saya pun tergolong dalam mereka yang ingin tahu membangunkan applikasi mudah,saya pun buat jugalah aplikasi tersebut. Applikasi mudah maksud saya ialah aplikasi kuiz personaliti dan virtual gifting. Setakat nie hanya 3 jenis sahaja yang  saya mampu bangunkan dan sudah mula menjana pendapatan. Tapi masih baru lagi. Utk membangunkan 1 applikasi saya mengambil beberapa jam juga utk disiapkan,itu tak termasuk mencari idea apa yang hendak dibuat pada applikasi tersebut.
   Jadi tanpa membuang masa bercerita panjang saya bongkarkan rahsia top 10 pembangun Applikasi Facebook
Carta Top Ten 
Okeylah.. Bagi sesiapa yang ingin membantu saya menjana pendapatan maka saya sangat alu alukan utk anda menggunakan applikasi yang tak seberapa ini. Bantu membantu sesama insan.
Applikasi Baru Saya: Virtual Gifting
Applikasi ke-2        :  Personaliti Kuiz
Aplikasi Ke- 3        :  Bagi sesiapa yang nak tahu bahasa Sarawak/belajar Bahasa Sarawak/ Nak menguji    
                                 tahap terrer  anda dalam bahasa Sarawak. Boleh Cuba ini. Kuiz Bahasa Sarawak

p/s: SELAMAT MENCUBA DAN MENDERMA TANPA KELUARKAN WANG ANDA.
      TERIMA KASIH.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan