Salam 1 Malaysia, 1 Ummah,
2-3 hari saya tension sungguh dengan status kat Nuffnang. Sekejap status ahli biasa sekejap status Glitterati. Mana tak nya, betapa susah payah nak tunggu status Eksklusif nie, senang -senang pulak dia orang nak tarik balik. Pikir-pikir balik kenapa terjadi begitu, tah saya pu tak tahu. Nak kata letak iklan pesaing tak ada pulak.. Hadus...pening kepala saya.
Hari nie, bila check akaun Nuffnang, tengok-tengok ada balik status Glitterati tu.. namun apa yang menjadi masalah sekarang masih tak dapat lagi visitor unik dan kempen MCPM. Kalau nak harap dgn CPC jangan haraplah... Bila lagi Nuffnang nak beri saya kempen iklan MCPM tu.
Mungkin blog saya masih lagi kekurangan unik visitor itulah agaknya. Ok..tinggalkan kisah Nuffnang tu..
Nie saya nak war-war kan kepada rakan-rakan blogger, beberapa hari lepas saya telah memasang domain dan hosting saya sendiri dari syarikat tempatan. Namun di sebabkan oleh kekurangan ilmu yang saya dapat, maka terhasillah juga sebuah webblog peribadi saya yang tak seberapa. Setelah beberapa kali webblog tersebut di suspended disebabkan plugin yang terlalu besar dan bandwith yang terlalu tinggi sehingga mengancam kestabilan server mereka.
Setalah dimodified balik barulah mereka unsuspended akaun saya tapi, webblog tersebut tidaklah secanggih apa yang saya buat mula-mula tu. Kerana tidak berpengalaman dan berpengetahuan dalam setting utk theme tersebut maka saya buat ala kadar sahaja. Ini kerana saya tidak mahu webblog tersebut di suspended lagi.
Antara sebab saya membina web sendiri supaya saya lebih mahir dalam melakukan modifikasi dan lebih mesra alam dlm pembangunan website/webblog sendiri. Jadi pada rakan-rakan blogger yang baik hati dan mesra pengguna dan pelawat...saya harap sudilah kiranya tuan/puan menjengok webblog saya tersebut. Kalau boleh tinggalkan komen bagi membantu saya menambah baikan dalam webblog saya itu. Jika ada yang sudi membantu saya sangat-sangat mengalu-alukan bantuan rakan-rakan semua.
Bak kata David Teo..Buah Cempelak Luar Pagar..Ambil Galah Tolong Jolokkan..Jadi siapa yang sudi..sudilah menjengok webblog tersebut..
Mari Singgah Ramai-Ramai.... http://lawagilak.com
Ingin Saya Buat Sedikit Ulasan nama webblog tersebut.
Nama webblog tersebut saya ambil dari perkataan/Bahasa Sarawak.
Lawa gilak- maksudnya sombong/eksyen betul
segaja saya pilih nama tersebut sebab mempunyai identiti dan maksud yang tersendiri. Ini bukan bermakna saya sombong/eksyen sangat tp ia bermaksud sesiapa yang tak berkunjung ke blog saya itu adalah lawagilak...hmmmhmmm... maknanya sekarang sapa-sapa yang tak singgah dan follow di blog saya tu makna nya lawa gilak lah tu.. Jadi sekarang ramai- ramai rakan -rakan follow blog ini atau webblog saya supaya tak dapat title Lawa Gilak. http://lawagilak.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan