Click here for Myspace Layouts

Isnin, 21 Disember 2009

BUDIKU TIDAK MU KENANG...

Salam,
       Setelah sekian lama menghilang kini baru kembali lagi. Bukan apa, sibuk dengan kerja seharian mengurus ayam2 dan itik. Setelah begitu lama, timbul rasa ingin nak update blog ditambah pula dengan cerita tentang tajuk di atas. Bukan nak buat sesiapa terasa tetapi ingin memgingatkan diri sendiri dan mungkin pernah terjadi kepada anda juga. Orang tua2 pernah berkata, berkawan biar seribu bercinta hanya satu dan juga kawan utk ketawa ramai, bila nak cari kawan utk menangis payah sekali, pendek kata kawan,bila kita senang ramai yg datang,tapi bila time susah batang hidung tak nampak.
       Nie berlaku sendiri pada saya, ingatkan nak tolong anjing tersepit tapi kita pula yang digigit. Ingatkan dah tolong dia, bila time kita susah harapkan dia tolong kita jugak, bukan nak minta jasa kita dibalas tapi sekurang-kurangnya dapat juga kita nak minta pertolongan dari dia.
      Memang dah dasar orang yang tak mengenang budi, belum lagi berjaya dan kaya, entah apa lagi yang akan dilakukannya. Sebelum ini memang saya yang memberi dan membuka jalan utk dia berjaya, segala apa yang dia tidak tahu semuanya saya tunjukkan jalan bahkan ada saya sendiri yang membuatnya tanpa meminta sedikitpun upah penat lelah. Tapi bila dah dapat sesuatu dan berjaya apa yang diidamkan saya seperti anjing kurap yang tidak lagi berguna kepada dia bah kan nak minta bantuan sedikit tidak diendahkan.
    Bukannya saya minta tolong begitu sahaja, bahkan akan membayar nya sekali. Jika bukan kerana saya masakan mungkin dia berjaya mendapatkan nya. Sepatutnya bagi kita akan mengutamakan mereka yang telah bersusah payah menolong kita, tapi dia nie tidak, lebih utamakan diri sendiri dan menolong mereka yang  sengaja mencari penyakit.
    Mungkin bagi anda, saya adalah seorang yang menolong utk di balas, tapi sebenarnya tidak, bahkan saya hanya meminta tolong 15% daripada apa yang telah saya berikan pada nya. Bukan besar mana pun, jika saya jangankan 15% bahkan 50% pun saya akan bantu dia.
    Mungkin ada yang paham dan tidak dengan post saya kali ini,tapi biarlah saya sendiri yang memahaminya 100%, Mudah-mudahan Allah menunjukkan jalan utk permudahkan urusan hambanya ini. Amin...

   Jadi pesanan saya, biar berkawan yang dapat kita sama-sama ketawa dan menangis. Jangan biarkan kita menjadi batu loncatan utk mereka berjaya dan selepas itu kita pula yang di pijak kepala...
Sama-sama kita renungkan...Wassalam.

Isnin, 14 Disember 2009

PINJAMAN BANK,APAKAH SATU BEBANAN???.

Salam,
      Dalam post kali ini saya nak berkongsi sedikit tentang pinjaman bank yang rata-rata rakyat malaysia umumnya sudah tahu kegunaan dan tujuan kita meminjam samada pinjaman peribadi ataupun utk memulakan /membesarkan perniagaan. Utk mereka yang ingin meminjam dengan bank kini tidak perlu penjamin utk mendapatkan pinjaman(tertakluk terma dan syarat) dan sesiapa sahaja yang ingin mengembangkan perniagaan adalah digalakkan utk membuat pinjaman. Tapi adakah kita benar2 perlukan pinjaman bank utk perniagaan atau sebaliknya. tidakkah pinjaman itu satu bebanan kelak?.
       Ini adalah satu kisah hidup reality dan bukan fantasi. Kisah yg terjadi di hadapan saya sendiri samada saudara,teman atau diri sendiri. Bekerja semata-mata membuat pinjaman, tapi bila dah dpt pinjaman ,dah habis duit buat itu ini,beli apa yang tak sepatutnya bila dah time bayar terkial-kial. Ada juga mereka baru bekerja dah mohon pinjaman bank/koperasi, dah habis duit, sibuk nak berhenti kerja..bukankah itu satu bebanan. Siapa yang tanggung..diri sendiri jugak yang susah. Kalau ibu-bapa tahu mereka juga turut bersusah hati.
       Ceritanya begini... hari ini sepupu saya telah menerima panggilan telepon dari pegawai bank mengatakan bahawa pinjaman dia telah diluluskan. Apabila diberitahu kepada ibubapa dia, mulalah ibunya susah hati kerana takut dia tidak dapat membayar pinjaman itu kelak. Utk pengetahuan pinjaman itu adalah utk membuat reban ayam pedaging. Begitulah org tua bila mendengarkan berita itu, bukan suatu berita gembira malahan berita yang akan membawa malapetaka kepada keluaga mereka. Ibu sepupu saya seolah telah serik dgn anaknya yg keempat, bekerja sebagai anggota tentera, telah meminjam koperasi utk membuat rumah kediaman,tak sampai 3 tahun bekerja dah mula lari tidak mahu bekerja.
       Jadi nak dijadikan cerita, ibu sepupu saya itu telah saya yakinkan bahawa anaknya tadi meminjam utk mengubah kehidupan mereka sekeluaga dan bukannya membuat mala bencana. Tapi ibunya tidak berapa yakin dengan anaknya itu walaupun sebelum ini telah melihat kemampuan dia utk menyara kehidupan mereka.
       Apa yang ingin saya sampaikan disini ialah apakah mentaliti org tua kita hanya menganggap pinjaman bank itu hanya satu bebanan sahaja???. Dan apakah daya kemampuan kita utk memulakan/mengembangkan perniagaan tanpa ada pinjaman dari bank..
       Oleh itu saya telah membuat kesimpulan bahawa ibu bapa kita:-
1. tidak mahu anak2 mereka dibebani hutang bank
2. cuai dan menyalahgunakan pinjaman bank.
3. tidak yakin dengan kemampuan anak2 mereka.

      Sebenarnya saya sendiri tidak berapa setuju dengan pemikiran org tua-tua terutama di kampung saya kerana  pemikiran yang sangat sempit dan tidak memberi ruang kepada bakal2 usahawan baru utk mengembangkan bakat mereka dalam satu2 industri. Hanya memikirkan tentang perkara2 negatif dan tidak memberi ruang kepada mereka membuktikan kebolehan dan kesungguhan mereka di dalam usaha mereka utk mereka mencipta kejayaan. Sebagai ibubapa, kita sepatutnya memberi galakan dan dorongan kepada anak dan bukannya menutup jalan yang telah terbuka luas. Sesungguhnya kejayaan itu adalah berkat doa dari kedua ibu bapa. Jadi kenapa tidak mendoakan sahaja agar anak kita supaya berjaya dalam bidang yang telah diceburi mereka. Bab kegagalan @ rugi dlm perniagaan adalah sudah menjadi lumrah. Paling Asas adalah USAHA+DOA=KEJAYAAN.

    Jadi kepada sesiapa yang ingin memajukan perniagaan, peluang pinjaman begitu banyak, Tapi sebaiknya setkan dahulu motif dan perancangan sebelum meminjam supaya kita tidak di bebani hutang bank. Bak kata karam singh walia -yang dikendong tak dapat,yang dikejar berciciran. Bisnes entah kemana, duit entah kemana. hutang pula mengejar kita.Nabil selalu berkata-LU PIKIRLAH SENDIRI...Assalamualaikum...

Ahad, 13 Disember 2009

HUMOR TENTANG AYAM

AYAM YANG MACHO

Ceritanya berkisar di sebuah ladang penternakan ayam yang terletak di Gunung Semanggul.tentang sebuah peternakan ayam. Disana ada 5 Ayam betina dan seekor ayam jalak (kira ayam jantan macholah) yang umurnya sudah lanjut dimamah masa (cewah-cewah cam lam novel percintaan lak).
Karena merasa bahwa ayam jalak yang sudah tua tadi sudah melewati masa suburnya, si pemilik ladang tersebut memutuskan untuk membeli seekor ayam jalak lagi yang masih muda, tampan, segak, macho dan yang sewaktu nganya. Dengan secara tidak sengaja hal ini membuatkan si ayam jalak tua
menjadi merasa tersaing. Lalu bibit2 cemburu dan hasat dengki menguasai dirinya, mulalah diyer mengatur srategi. Lalu terjadi percakapan seperti ini :

Si ayam jalak tua : Eh, kamu jangan serakah sgt kat sini. Ayam betinanya kan ada 25. Kamu boleh ambil yang 15, bakinya bagi aku.

Si ayam jalak muda: Banyak hensem ko punya muka,tua tak sedarkan diri.Hang tu dah tua dah tak larat dah so semua untuk aku sahaja.

Si ayam jalak tua : Eh a...berlagak tul mamat seekor ni (jalak tua bercakap lam ati yer). Seper kata aku tua tak larat lagi, ko jgn pandang rendah pada aku, kang aku sekeh kang... O.klah, aku maleh nak gaduh ngan budak hingusan cam ko ni (jalak tua, menunjukkan eksennyer) so apa kata kalau kita pertontonkan kemanchoan kita ngan mengadakan satu pertandingan. Siapa yang menang boleh ambil semua ayam betina yang ada kat sini ayam ini. Yang kalah kirim salam.

Si ayam jalak muda: Aku.. aku boleh sahaja, pantang dicabar ni. Kita nak buat pertandingan apa ni... cabut bulu ayam ker (jalak muda membuat lawak loya beruk yer)

Si ayam jalak tua : Dak'ah! Senang jer pertandingan lumba lari. Sambil tersenyum kambing,

Si ayam jalak muda:Set

Si ayam jalak tua : Lumbanya 400M. tapi karena aku sudah tua, aku minta untuk lari dulu di depanmu 50 meter.

Si ayam jalak muda: Boleh (dengan penuh keyakinan).

Maka pertandingan pun dimulai. Ayam jalak tua lari dulu 50 meter baru ayam jalak yang muda lari menyusul dengan kecepatan kuasa extra gaban yang mengkagumkan. Eh, baru kurang 1 meter menyusul, si ayam jalak muda ditembak langsung oleh pemilik peternakan.

Kenapa?????



[jawapan ada di bawah]

























Kata Pemilik : "Kurang ajar. INI AYAM JALAK-HOMOSEKS NI. Asal setiap kali aku beli dapat yang macam ni SUKA SANGAT KEJAR-KEJAR AYAM JALAK TUA AKU"



NiLAI MORAL : Jgn berlagak ngan org tua (depa banyak trick yer,) HORMATILAH ORANG YANG LEBIH TUA DARI KITA...






KAKI AYAM


Ketika Fasha Sanda sedang memandu dalam kelajuan 60 km/j, dia melihat seekor ayam ikut berlari mengikut kelajuan keretanya.
Dia merasa hairan dan cuba memecut pada kelajuaan 70 km/j Bila lihat disebelah, ayam tersebut masih mengikutinya. Dia memecut lagi pada kelajuan 80 km/j.
Tapi kali ini, ayam tersebut telah memotongnya. Fasha Sanda perhatikan ayam tersebut memotongnya dan dia ternampak yang ayam itu berkaki tiga.
Fasha Sanda mengikut ayam itu sehingga sampai kekawasan ternakannya. Fasha Sanda bertanya kepada pemilik ayam Apa sebenarnya yang berlaku? Peternak itu menjawab, Sekarang orang suka makan kaki ayam. Saya telah mencipta ayam yang berkaki tiga. Tidak lama lagi saya akan menjadi jutawan.
Fasha Sanda bertanya lagi, Tentu sedap rasa ayam itu kan ? Penternak itu menjawab, Itulah masalah saya sekarang. Sampai sekarang saya belum pernah dapat tangkap lagi ayam itu. Lari laju sangat .

Khamis, 10 Disember 2009

KISAH AYAM PHILIPINES

Salam,
      Nak cerita sedikit tentang ayam philipines milik jiran sekampung saya. Beliau telah berjumpa dgn saya 2 minggu yang lalu menyatakan hasratnya ingin menjual sepasang induk ayam philipine beliau. Lalu saya pun pergilah ke rumah beliau cuma nak tengok2 aje ayam philipine tu. Dah tengok bekenanlah jugak nak beli tapi tak beli sepasang cuma beli induknya sahaja. Nak beli sepasang harga punyalah Kaw-kaw. Lupakan dahulu nak beli bapak dia. Tapi dia kata baka baik, pure philipines dan telah menang 2X.

Kalau nak tahu Atau bekenan Contact aje saya. Mari kita lihat gambarnya.

BAPA AYAM PHILIPINES UTK DIJUAL.


Baka Philipines, boleh buat baka, telah menang 2X










Induk betina dah saya beli.. bapak nya bila lagi???


Inilah rupa induk betina philipines


Nie Baka saya pun tak tahu..dah lupa..


Nie pun baka bapaknya telah banyak menang.
NIe dia tak jual.



 Jadi sesiapa yang  berminat dengan ayam nie  boleh contact saya. Harga RM450(boleh runding). Khas untuk mereka yang berada di sarawak sahaja.

                                                                                                                                                                               

TELUR MENETAS LAGI

Salam,
       Inkubator yang saya buat dahulu,telah berjaya menetaskan telur ayam kg dan kacukan pada hari semalam.Sebanyak 16 ekor semuanya. 4 ekor ayam kacukan dan 12 ekor ayam kampung. Semuanya sihat2 belaka.

Untuk itu saya uploadkan sedikit gambar detik2 kegembiraan anak2 ayam yang telah berjaya keluar dari telurnya.







4 ekor ayam kacukan



Anak ayam yg tinggal sekor, lambat menetas.


Sebahagian Anak Ayam Kg



anak ayam yg telah dipindahkan dlm reban perindukan



Rabu, 9 Disember 2009

Projek Akan Datang, Tahun 2010

Yang mana Dahulu...Ayam kacukan @ Itik Penelur.

Salam,
      Jangan Keliru dgn tajuk diatas, bukan nya saya nak beri teka-teki pada anda. Ini adalah satu persoalan bagi saya sendiri, samaada nak buat itik penelur ataupun ayam kacukan dahulu. Rangka reban dah pun didirikan tp tak tahu mana nak bela dahulu... itupun terpulang mana yang datang dahulu .Jabatan pertanian akan memberi anak ayam kacukan berjumlah 300 ekor utk sy bela pada tahun depan, tp tak pasti bulan berapa.. tp ikutkan plan anak itik penelur akan di beli pada bulan januari 2010. Kawasan utk projek tersebut agak besar juga utk menjalankan ke-2 projek tersebut.

Mari tengok Gambar....



Reban Utk Projek Ayam Kacukan @ Itik Penelur

Padangan Dari Atas



Kawasan Utk Melepaskan Ternakan

     

PROJEK PENTERNAKAN AYAM PEDAGING

Salam,
       Selain dr ternakan ayam kg,kacukan dan itik, Ghina's Agro Farm juga menjalankan projek ternakan ayam pedaging skala kecil. Projek tersebut dimulakan pada Disember 2008 dan dilakukan secara kontrak farming dengan SEDC dan anak syarikatnya Taskwin marketing/Comerich. Mereka telah memberi pinjaman hutang utk anak ayam dan baja. Bermula dr perjanjian percubaan menternak 300 ekor, kini saya telah membela 1000 ekor di dlm reban terbuka. Pada masa ini saya telah berjaya melakukan 5 pusingan menternak ayam ini dan pada masa ini adalah pusingan ke-6. Insyaallah, jika rezeki mengizinkan pada tahun baru 2010, kemungkinan saya akan menternak dlm skala yg besar sedikit. Itupun jika pinjaman dr SEDC,Jabatan Pertanian,Pertubuhan Peladang dan Agro Bank diLULUSkan. Harap-harap diluluskan....AMIN.


Reban Projek ternakan ayam pedaging



Kawasan Dalam Reban



Anak Ayam Berumur 12 hari



Kebanyakan Anak Ayam Berehat Kekenyangan





Anak Ayam Baka Dari QL Farming


Selasa, 8 Disember 2009

SEJARAH GHINA'S AGRO FARM

Penternakan Ayam Dan Itik.

Salam,
        Nie nak cerita sedikit tentang penternakan ayam di Ghina's Agro Farm. Aktiviti penternakan ayam kampung dan itik serati telah lama di usahakan tapi tidak dilakukan dgn begitu serius.Kebanyakan Induk, Anak dan telur ayam dan itik serati hanya dipelihara utk kegunaan sekeluarga dan juga jika ada jiran nak beli sy juallah juga. Reban pun ala kadar dan hanya di ternak di belakang rumah. Boleh dikatakan  3 tahun sudah berkecimpung dlm menternak ayam dan itik.
       Namun begitu sy belum lagi membuka mata utk mengusahakan secara serius dan hanya suka-suka. Alhamdullilah, pd August 2009 sy telah menjumpai sebuah blog penuh dgn maklumat mengenai penternakan ayam kg. Dimana beliau tidak kedekut utk berkongsi maklumat mengenai penternakan ayam. Kebanyakan maklumat yg diperolehi adalah dr blog beliau dan blog rangkaian beliau. Segala apa yang dipaparkan oleh beliau telah dipraktikkan oleh sy terutama dlm memaksimakan ternakan mengunakan inkubator. Di dalam post saya kali ini saya ingin mengucapkan bebanyak terima kasih kepada saudara saiful dan blog beliau CITYPULL BACKYARD POULTRY. Tanpa menemui blog yg mempunyai banyak info sy mungkin belum lagi membuka mata utk menkomersialkan bidang penternakan ayam ini.
     Melalui blog tersebut juga sy cuba2 membuat sendiri inkubator tanpa mengeluarkan modal yg banyak,dan inkubator sy juga menggunakan termostats yg di pakai dlm oven tp dimodified sedikit kerana waktu tu tak tahu mana nak carik termostats diaorang pakai. Sehingga kini masih lagi digunakan dan banyak juga telur yg dah berjaya ditetaskan.Sebelum membuat inkubator tu, ada juga teringin nak beli dari saudara sepull tp oleh kerana RM tidak mengizinkan saya lupakan dulu sehinggalah saya terfikir nak cuba buat sendiri. Alhamdulillah akhirnya saya berjaya membuat mesin inkubator tersebut tanpa mempunyai alat2 yg khas diperlukan utk membuat sebiji inkubator. Walaupun tahu inkubator yg direka oleh saya mungkin tidak berhasil tp saya tetap nak cuba buat juga dengan hanya berpandukan gambar2 inkubator yg di postkan dlm blog mereka. Sekarang nie saya mempunyai 2 buah inkubator rekaan sy sendiri dan hasilnya pun memberansangkan.
       Dan sekarang nie sy masih lagi dlm usaha menambah biakkan ternakan sy tanpa membeli induk dan hanya cuba menetaskan telur2 dari induk2 yg sedia ada. Jika dahulu hanya beberapa ekor sahaja bilangan induk ayam dan itik tetapi sekarang jumlahnya mencecah 70 ekor kesemuanya. Insyaallah dlm beberapa bulan dari sekarang akan bertambah lagi induk2 direban saya.
      Pada masa dahulu, saya hanya membela ayam kg sepasang dan itik serati 5 ekor,1jantan dan 4 betina. dan sekarang bilangan bertambah menjadi banyak di tambah pula dgn adanya inkubator tersebut. Beberapa bulan yang lalu saya juga telah menambah ayam dengan membeli anak ayam kacukan 10 ekor, dan hanya tinggal 2 ekor betina saja. 8 ekor dah disembelih dan ada juga dijual pd jiran2. Dan 2 bulan lepas sy juga membeli anak itik penelur 4 ekor,1 jantan dan 3 ekor betina utk dibiak baka. Kebanyakan telur ayam kacukan berjaya di eramkan dgn inkubator, betina kacukan + jantan kampung. Banyak yg menjadi anak ayam kacukan tersebut kira2 30 ekor anak. Sekarang nie tunggu itik penelur lagi yang ingin di biakkan.
     Saya rasa dah banyak juga cerita saya tentang ayam di Ghina's agro farm ini utk kali ini,Harapan sy tahun 2010 nanti kerjaya ini memberi harapan baru pd saya dan keluarga. Semoga ternakan saya membiak dgn lebih baik dan memberansangkan. Terima kasih sekali lagi kepada mereka yg banyak memberi maklumat kpd saya samada secara langsung atau tidak langsung.


                                                                                                                                                                                                                                                                                       


Ini adalah inkubator pertama saya.


inkubator ke-2
tgh progress eram telur ayam kg,ayam kacukan dan itik serati


Hasil Pertama Pengeluaran dr inkubator ayam kacukan dan kampung



Hasil Ke-2 dari Inkubator


Hasil Ke-3 inkubator


Itik Serati, itik penelur dan ayam

KERJAYA TAHUN 2010, APAKAH BERHASIL???


ANAK AYAM KG DAN AYAM KACUKAN
UMUR 2-4 MINGGU




ANAK AYAM 4-5 MINGGU



ANAK AYAM PHILIPINE
UMUR 2 MINGGU

ANAK AYAM KACUKAN
UMUR 3 MINGGU

MESIN PENGERAMAN

TERNAKAN AYAM DAN ITIK SERATI
DA ITIK PENELUR

TAPAK PROJEK ITIK PENELUR
RANCANGAN TAHUN 2010

PROJEK TERNAKAN AYAM PEDAGING







SALAM PERKENALAN

TERIMA KASIH KEPADA ANDA YANG SUDI MELAYARI BLOG INI. TERCIPTANYA BLOG INI ADALAH UNTUK BERKONGSI MAKLUMAT DAN ILMU2 DI DALAM PENTERNAKAN UNGGAS. INI ADALAH POSTING SAYA YANG PERTAMA DAN AKAN MUNCUL SETERUSNYA PADA TAHUN BARU 2010. UNTUK TAHUN 2009, BANYAK AKTIVITI DAN PENGALAMAN HIDUP YG TELAH DILALUI YANG TERLALU PERIT UNTUK DI CERITAKAN. HARAPAN SAYA PADA TAHUN 2010 MENJANJIKAN SESUATU YANG LEBIH BERHARGA DAN PENUH CERIA.